Amirul: Kisah MRSM bhg 26
Acara sukaneka di tepi pantai PD.
Thursday, March 13, 2014
Catatan dari Pinggir Kota 45
Amirul: Kisah MRSM bhg 25
Alhamdulillah.
Sabtu, 1 Mac 2014.
Seawal 5 pagi saya bangun, membasuh pakaian, kemudian meletakkan barangan yang nak dibawa ke PD berhampiran pintu. Tak lama kemudian, Abang bangun, mengejutkan Amirul dan kakngah. Selepas solat subuh, kami bergerak ke rumah emak.
Selepas sarapan bagi bersama-sama emak dan abah, kami ke sebuah shopping complex sebab nak beli t shirt Amirul. Cadangan mulanya nak pergi awal ke PD.
Pukul 11 pg. Kami bergerak dari Wangsa Maju ke PD. Masuk saja highway Sg Besi, aduh jalan penuh sesak dengan kereta. Sudahnya, setelah bersama-sama memeriahkan jalan raya, kami sampai PD pukul 2 petang.
Check in hotel, terus masuk, rehat jap, lepas ni, pukul 4 nak ke tepi
pantai, ada acara yang telah disediakan oleh rakan-rakan Abang. Amirul tak nak
ikut sebab nak buat kerja yang cikgu dah bagi.
Sempat juga lelapkan mata sebelum Abang kejut sebab dah pukul 4. Abang, saya
dan kakngah menuju ke tepi pantai berhampiran hotel. Ada rakan-rakan abang
bersama-sama keluarga masing-masing dah pun berada di situ.Ada pula yang masih
belum sampai, tersangkut dalam kesesakan jalan raya.Catatan dari Pinggir Kota 44
Amirul: Kisah MRSM bhg 24
Alhamdulillah.
Jumaat, 28 Februari 2014.
Hari ni hari yang saya tunggu-tunggu. Amirul akan balik, balik sendiri dengan bas yang telah diaturkan oleh pihak maktab.
Pukul 3.30 petang, Amirul sms, baru bergerak dari maktab. Maknanya, pukul 9 atau 10 malam baru sampai KL.
Saya call Abang, minta balik cepat, jangan singgah mana-mana. Abang gelak. Awal lagi ni. Abang balik macam biasalah. Sebelum maghrib kan Abang dah sampai rumah.
Sebenarnya, saya yang tak sabar!
Pukul 6.30 Amirul sms, mereka singgah di Kawasan Rehat Sg. Perak.
Pukul 8 malam, kami bertolak dari rumah ke Stesen Bas Jalan Duta. Walaupun masih awal, bairlah cepat, nanti kalau ada sesuatu yang berlaku di jalan raya, taklah kami terlewat. Saya tak mahu kalau Amirul dah sampai, tapi kami masih dalam perjalanan.
8.30 malam kami sampai ke Stesen Bas Jln Duta. Menunggu, rasa macam lama!
9 malam, Amirul sms kata dah sampai. Bas berhenti di tepi jalan, tak masuk ke stesen. Sementara kami pula tunggu di kawasan dalam stesen. Abang segera ke tempat bas berhenti, kemudian saya nampak Amirul, berbaju batik maktab, berjalan ke arah saya, beriringan dengan Abang.
Alhamdulillah. Syukur ya Allah. Engkau menyelamatkan anakku dan rakan2 sehingga selamat sampai ke sini.
Saya memeluk dan mencium Amirul.
Rindu saya terubat!
Subscribe to:
Posts (Atom)