Amirul: Kisah MRSM bhg 24
Alhamdulillah.
Jumaat, 28 Februari 2014.
Hari ni hari yang saya tunggu-tunggu. Amirul akan balik, balik sendiri dengan bas yang telah diaturkan oleh pihak maktab.
Pukul 3.30 petang, Amirul sms, baru bergerak dari maktab. Maknanya, pukul 9 atau 10 malam baru sampai KL.
Saya call Abang, minta balik cepat, jangan singgah mana-mana. Abang gelak. Awal lagi ni. Abang balik macam biasalah. Sebelum maghrib kan Abang dah sampai rumah.
Sebenarnya, saya yang tak sabar!
Pukul 6.30 Amirul sms, mereka singgah di Kawasan Rehat Sg. Perak.
Pukul 8 malam, kami bertolak dari rumah ke Stesen Bas Jalan Duta. Walaupun masih awal, bairlah cepat, nanti kalau ada sesuatu yang berlaku di jalan raya, taklah kami terlewat. Saya tak mahu kalau Amirul dah sampai, tapi kami masih dalam perjalanan.
8.30 malam kami sampai ke Stesen Bas Jln Duta. Menunggu, rasa macam lama!
9 malam, Amirul sms kata dah sampai. Bas berhenti di tepi jalan, tak masuk ke stesen. Sementara kami pula tunggu di kawasan dalam stesen. Abang segera ke tempat bas berhenti, kemudian saya nampak Amirul, berbaju batik maktab, berjalan ke arah saya, beriringan dengan Abang.
Alhamdulillah. Syukur ya Allah. Engkau menyelamatkan anakku dan rakan2 sehingga selamat sampai ke sini.
Saya memeluk dan mencium Amirul.
Rindu saya terubat!
No comments:
Post a Comment