Amirul: Kisah MRSM bhg 23
Alhamdulillah.
Hari ini, 26 Februari 2014, 25 tahun yang lalu merupakan hari yang penuh debaran. Hari inilah rumah emak dipenuhi sanak-saudara yang berkumpul untuk majlis perkahwinan saya. Sejak semalam, rumah riuh-rendah. Tapi, saya yang berdebar-debar.
Hari ini Hari Persandingan. Hari saya menjadi permaisuri kepada seorang raja yang saya cintai.
Cepatnya masa berlalu. Syukur kepada Allah yang membenarkan kami hidup bersama-sama sehingga saat ini.
Kembali kepada kisah anak saya di MRSM. Dia minta resipi lain sebab ada tambahan dua ekor ayam lagi bagi kumpulannya. Kelam kabut saya mesej kak long suruh carikan resipi untuk Amirul.
Malam tadi, Amirul mesej saya. Katanya, mereka dah berjaya masak. Macam mana rasa tak tahulah. Tapi, Homeroom mereka mesti memantau kumpulannya. Homeroom (Cikgu Rosliza) nampaknya seorang guru yang baik. Masa mula-mula jumpa pada hari pendaftaran Amirul, siap peluk-peluk lagi dengan saya. Apa-apa hal, dia kata boleh telefon atau sms dia. Alhamdulillah. Cikgu macam ni lah yang saya hormat.
Amirul juga kata, malam tadi dia sakit perut. Mungkin makan macam-macam agaknya. Risau juga saya. Pukul 1 pagi dia ke bilik air.
Saya pesan suruh sapu minyak angina yang saya bekalkan. Saya pesan lagi, kalau sakit sangat, beritahu Warden untuk bawa ke klinik.
Pagi tadi, semasa saya call dia, dia kata dah kurang sakit. Abang suruh beritahu dia, pergi kafe beli air kopi 0 atau teh 0 pekat tanpa gula. Minuman ini akan menghilangkan cirit-birit.
Pukul 10 pagi, saya ajak kakngah ke kiosk uniform. Nak beli lagi sepasang baju sekolah dan baju Melayu untuk Amirul. Baju dan seluar ni pula nak kena kecilkan sikit. Hari Jumaat ni, amirul balik bermalam. Dia dah beli tiket yang diuruskan oleh pihak maktab. Balik ke rumah hari Jumaat dan balik semula ke maktab hari Ahad.
Dia balik hari Jumaat. Abang dan staf bahagiannya pula ada Family Day di Port Dickson pada hari Sabtu. Jadi, perancangan saya begini:
Jemput Amirul di stesen bas Jalan Duta dan balik ke rumah. Pagi-pagi Sabtu lepas subuh, pergi rumah emak saya. Nak temukan Amirul dengan atuk dan neneknya. Lepas sarapan, kami akan ke PD. Bermalam di sana - Akar Beach Resort - sebuah hotel baru.
Lepas solat subuh hari Ahad mesti bergegas balik, terus ke stesen Duta. Bas Amirul akan bertolak pukul 9 pagi. Cukuplah, saya dapat bersama-sama Amirul hari Jumaat malam, hari Sabtu, dan Sabtu malam.
Hilanglah rindu saya kepadanya!
No comments:
Post a Comment