Thursday, February 13, 2014

Catatan dari Pinggir Kota 20

Amirul: Kisah MRSM

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum rakan PUSPANITA dan pembaca yang dirahmati Allah.

Alhamdulillah. Walaupun keputusan PMR Amirul hanya 7A 1B, Allah SWT memperkenankan permintaannya.
     Amirul memohon masuk ke MRSM. Taiping menjadi pilihannya.
     Hanya MRSM yang dipohon. SBP dan lain-lain dia tak mahu.
     ........................................

     Jumaat, 31hb Januari 2014, pukul 10.59 pagi. Ketika itu saya dalam perjalanan balik dari McD bersama-sama abang. Abang sedang memandu sewaktu hp nya yang diletakkan di sebelah kanan saya berbunyi menandakan ada sms yang masuk.
     Saya mengambil hp dan melihat sms.
     Saya bagaikan tidak percaya, dada saya berdebar-debar. Biar betul, kata saya kpd abang.
     "Dari Mara ni bang."
     MARA: MRSM (Ting. 4, 2014). Tahniah! Anda telah berjaya. Sila layari http://cms.mrsm.edu.my/ola/checkStatusF4.jsp untuk maklumat lanjut. Terima kasih.

    "Ish, ye ke tu?" kata abang. "Keputusan kan minggu depan," sambung abang lagi.

Dada saya masih berdebar. Mesej itu tentunya bukan main-main. Takkan MARA nak buat main benda macam ni.
      Abang segera berpatah balik. Tak jadi pulang ke rumah. Dia menghala semula ke McD.
      "Jom kita check semak keputusan."
     Kami masuk semula ke McD (sebab di situ ada Wifi percuma). Abang semak hp. Memang benar. Memang betul. Memang sah. Amiru ditawarkan ke MRSM Pengkalan Hulu, Perak.
Segera pula kami mencari maklumat dalam internet lokasi MRSM itu.
     "Jauhnya," kata abang. "Dah dekat sempadan Kedah. Dekat sempadan Thailand."




No comments:

Post a Comment