Friday, February 14, 2014

Catatan dari Pinggir Kota 21

Amirul: Kisah MRSM bhg 2

Dah hampir ke pekan Grik

Pekan Pengkalan Hulu

Bismillahirrahmanirrahim.
 
Amirul nampak macam biasa saja apabila saya memberitahu tentang sms dari MARA. Keputusan di tangannya, sama ada hendak terima atu tidak tawaran itu. Atas permintaan Amirul juga, kami membawanya untuk melihat sendiri suasana di MRSM Pengkalan Hulu itu.

Kebetulan abang bercuti sehingga Isnin, kami pun pergi ke PH pada hari Ahad 2 Feb 2014. 3hb adalah hari pendaftaran pelajar tingkatan 1 mrsm. Kami mengambil kesempatan untuk turut sama meninjau kawasan persekitaran maktab pada hari itu. Yang penting, saya dan abang mahu Amirul melihat sendiri tempat itu.
Kawasan dalam MRSM
Perjalanan 5 jam dari rumah ke PH agak meletihkan. Melalui Lebuh Raya Plus, kami susur keluar ke Kuala Kangsar. Dari situ, jarak ke PH sejauh 150 km. Dalam perjalanan, kami menempuh Lenggong dan Grik, kemudian barulah sampai ke PH. Kami terus saja check in hotel Iskandar. Hotel ini agak mengecewakan, tapi itu saja yang ada. Hotel lain penuh. Tak apalah, kata abang. Sekejap saja.

Pagi Isnin, kami bersarapan di Restoran Mohd Noor – sarapan roti canai dan teh tarik memang menyelerakan. Kata abang dia tidak pernah merasa roti canai dah kuah yang sesedap itu di Kuala Lumpur.
 
Kami ke MRSM yang letaknya lebih kurang 1 km dari pusat bandar. Di pintu pagar, kami masuk tanpa banyak soal kerana hari itu adalah hari pendaftaran pelajar baru tingkatan 1. Parking kereta, dan abang sempat berbual-bual dengan seorang pelajar tingkatan 5. Namanya Syed. Daripadanya, kami mengumpul maklumat tentang MRSM itu. Amirul turut bertanya apa-apa yang dirasakan perlu.

Mendapatkan maklumat daripada Syed
OK. Dah puas hati, kami keluar dari MRSM dan bergerak pulang. Setelah berada di kawasan pecan PH, abang bertanya kalau-kalau saya nak pergi ke Betong, yang terletak lebih kurang 10 km dari situ. Kata abang, alang-alang dah sampai, elok juga pergi sekejap. Kami pun tak pernah sampai ke sana. Kaklong memang teruja nak pergi.
 
Setelah melepasi kawalan Imigresen Malaysia, kami terus ke Kompleks Bebas Cukai. Saya tengok Betong ni taklah macam Padang Besar atau Bukit Kayu Hitam.
 
Kami masuk ke kedai bebas cukai. Tak ada apa yang nak beli, selain coklat. Ada yang murah, ada yang sama saja harganya seperti di KL.
 
Setelah shopping coklat seadanya, kami bergerak pulang. Satu setengah jam, setelah menempuh perjalanan berliku-liku dari Pengkalan Hulu, kami sampai ke Kuala Kangsar. Abang tidak terus ke lebuh raya, tapi membelok ke bandar diraja itu. Kami ke medan selera untuk makan sebab belum makan tengah hari, walaupun dah pukul 3 ptg. Selepas makan, kami segera menyambung perjalanan pulang.

Allah! Sebaik saja memasuki lebuh raya, kami terus tersangkut dalam kesesakan. Patutlah, hari ni hari terakhir umat manusia bercuti sempena raya cina. Semua nak balik ke tempat masing2.

No comments:

Post a Comment