Friday, February 14, 2014

Catatan dari Pinggir Kota 25

Amirul: Kisah MRSM bhg 6


Bismillahirrahmanirrahim.

Hari ini, 10.2.2014, pendaftaran pelajar tingkatan 4 seluruh mrsm, termasuk Amirul di MRSM Pengkalan Hulu.
    
Pagi. Kami bersarapan di Restoran Mohd Noor. Anak-anak saya siap ambil gambar restoran ni. Sebab, restoran ni dtuk mereka yang punya. Ha ha!
   
Semasa bersarapan, beberapa keluarga yang lain pun datang bersarapan di situ. Ada ibu, bapa, abang, kaka, adik, atuk, nenek yang turut serta menghantar ahli keluarga yang akan tinggal di situ untuk dua tahun yang akan datang.
   
Amirul masih belum bersiap. kami balik ke hotel untuk berbuat apa-apa yang patut! Selepas bersiap, kami segera ke MRSM. Kami disambut oleh para pelajar di pintu pagar. Mereka memberikan panduan masuk, dan di sepanjang laluan, terdapat pelajar yang membantu kami menunjukkan tempat yang perlu ditujui.
   
Urusan pendaftaran selesai. Kami dibantu oleh pelajar tingkatan 3 yang berebut-rebut hendak membawa barang-barang Amirul. Sungguh bagus disiplin di sini, hebat guru-guru yang mendidik mereka. Mereka kelihatan seronok membantu pelajar baru, walaupun terpaksa membawa barang2 berat, berjalan di tengah panas ke asrama, tapi mereka tetap senyum dan ramah!
   Terima kasih wahai anak-anak yang mambantu!

No comments:

Post a Comment