Monday, February 24, 2014

Catatan dari Pinggir Kota 41

Amirul: Kisah MRSM bhg 22

Isnin. 24.2.2014

Rutin harian macam biasa. Pagi: minum kat kedai mamak dengan abang. Lepas abang pergi kerja, balik membasuh pakaian.

Lepas tu, pergi kedai beli barang kuih. Esok nak buat kek lapis jem. Tempahan daripada Faizah, rakan sepejabat abang untuk hari rabu ni. Hari Jumaat lepas dia dah order. Memang dia yang selalu order kek ni. Sekali order banyak pulak tu. terima kasih la kat Faizah.

Menunggu telefon daripa a Amirul satu kemestian.

Saya hampir nak lelap dalam pukul 12 malam apabila mendapat mesej daripada Amirul. Hahah! nak tergelak pun ada. Amirul minta resipi untuk memasak. Katanya, dia dan kawan-kawan masuk pertandingan memasak. Minggu ni mereka ada minggu aktiviti, isnin hingga jumaat. Mereka diberikan seekor ayam.

Saya segera teringat, Amirul suka makan kuetiau. Saya pernah ajar dia goreng kuetiau. Mungkin dia masih ingat cara menggorengnya. Saya pun menulis resipi dan menghantar mesej kepadanya.

Kemudian, saya berikan satu lagi resipi, sup ayam, supaya mereka boleh memilih antara kedua-dua resipi tersebut.

Inilah kelebihan tinggal berjauhan dengan keluarga. Kena berusaha sendiri sama ada untuk aktiviti sekolah atau aktiviti sendiri. Semoga pengalaman tersebut akan mematangkan Amirul. Semoga dia akan menjadi insan berguna dunia dan akhirat. Permudahkan semua jalan ke arah kebaikan bagi anakku ini ya Allah!

No comments:

Post a Comment