Friday, February 14, 2014

Catatan dari Pinggir Kota 23

Amirul: Kisah MRSM bhg 4

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum rakan PUSPANITA dan pembaca yang dirahmati Allah.

      Keputusan Amirul  menerima tawaran adalah pada malam Khamis, 6 feb 2014. Bermakna, hanya ada satu hari saja, iaitu esok - Jumaat - untuk menyelesaikan segala urusan. Abang cuti untuk menguruskan borang dan tanda tangan majikan. Bayaran yuran melalui GIRO BSN pun kena buat hari ni. Sebenarnya, bayaran yuran mesti dibayar seminggu sebelum pendaftaran, mengikut syarat dalam borang yang dikeluarkan oleh MARA. Tapi, abang kata, tak apa, sebab, resit pembayaran tu kena bawa bersama semasa pendaftaran. Abang pun dengan selamba membayar pada hari jumaat.

      Kemudian membawa Amirul membuat pemeriksaan doktor, buat x-ray.
      Amirul uruskan sendiri hal surat-menyurat, sijil berhenti dan sebagainya dari pihak sekolah.
Kemudian, kami membeli-belah - baju, seluar dan keperluan pakaian Amirul seperti yang disenaraikan.
Kami mengambil keputusan, barangan keperluan lain akan dibeli di PH atau di Baling.

Memang kelam kabut dibuatnya. Persiapan yang sepatutnya disediakan seminggu dulu, terpaksa diselesaikan dalam satu hari. Amirul!

Keputusan Amirul menerima tawaran MRSM tidak diketahui oleh kawan-kawannya, guru-gurunya, malah kaum keluarga kami sendiri!

No comments:

Post a Comment