Sunday, February 23, 2014

Catatan dari Pinggir Kota 39

Amirul: Kisah MRSM bhg 20

Ahad. 23.2.2014

Malam tadi, saya tidur nyenak.

Pagi, kami bersarapan di sebuah warung. Kemudian, kami ke Baling, sebuah pekan di Kedah yang bersempadan dengan Perak. Saja kami ke sana untuk membawa kakngah yang belum pernah sampai. Kami pun baru kali ke-2 ke sana. Lagi pun, abang nak tengok sebuah pasar raya. Amirul kata, hari Jumaat lepas, dia outing dengan kawan, beli barang keperluan di pasar raya itu.

Pekan Baling lebih besar daripada pekan PH. Perjalanan berkereta dari PH mengambil masa 10 minit. Setelah berpusing mencari, kami tidak Nampak pun pasar raya berkenaan. Abang masuk ke sebuah kedai barang untuk membeli berus dan kiwi untuk Amirul. Jurujual memberitahu, pasar raya yang kami cari terletak lebih kurang 10 minit perjalanan, menghala ke Sungai Petani. Kami pun menuju ke situ.

Itu dia! Kami jumpa juga pasar raya itu, tapi nampak macam tutup je. Kedai lain pun banyak yang tutup. Masa singgah di sebuah bank tadi pun, tutup juga. saya tak puas hati. Saya Nampak dua orang wanita yang sedang membawa plastik sampah untuk di buang. saya segera bertanya, dan barulah kami tahu jawapannya. Kebanyakan kedai bukanditutup, tapi belum dibuka. Mereka beroperasi pukul 11, sedang waktu kami sampai baru pukul 10.

Hal ini tentu saja pelik bagi saya. Kita dah biasa, kedai dan premis perniagaan, termasuk bank di KL dan Selangor, pukul 9 dah beroperasi.

Kami pusing-pusing sekitar kawasan itu dan saya ternampak sebuah hotel yang cantik dekorasinya. bangunan itu pun nampak macam baru. Kami segera masuk dan meninjau bilik2 hotel. Memang cantik, dan baru beroperasi hampir setahun. Inilah yang saya cari2, hotel yang mempunyai bilik yang selesa di tingkat bawah. Nanti, kalau saya nak bawa mak dan abah melawat Amirul, kami akan meilih hotel ini. Wheel chair abah boleh masuk terus ke bilik hotel.

Setelah berlegar-legar meninjau kawasan, kami balik ke hotel untuk check out. Keperluan Amirul semua dah sedia, baju dan seluar dah saya gosok. Kami menuju ke sekolah semula. Hari ni hanya boleh jumpa Amirul di sekolah, tak boleh keluar, sebab semalam dia dah keluar.

Saya berasa lega apabila melihat Amirul senyum dan tidak menampakkan sebarang kelainan. Nampaknya dia ok di situ. Kawan2 yang bersama dengan dia pun nampak ok semuanya. Bekalan makanan yang saya belikan, sya bagi untuk Amirul makan dengan kawan2.

Pukul 4, sambil saya memeluk erat , saya cium pipi Amirul. Amirul bersalaman dengan kakngah, salam abang dan berpelukan. Kami meninggalkan sekolah dan memulakan perjalanan pulang ke KL.



No comments:

Post a Comment