Hari ini Tarikh Bersejarah
Selasa. 25.2.2014
Pagi: minum dengan abang. Sebelum tu, abang singgah di ATM di stesen Petron. Abang keluar dengan senyuman. Gaji!
Minum dan borak-borak, lepas tu balik sebab abang nak kerja. Abang minta saya tolong uruskan bayaran insuran dan road tax kereta abah. Saya ajak kakngah teman.
Urusan pembaharuan insuran dan road tax selesai hampir pukul 10 pagi.
Saya dapat sms daripada abang. Saya terharu dengan kata-kata abang. Ya, hari ini genaplah 25 tahun usia penyatuan hidup kami. Tak ada sambutan yang istimewa. Cukuplah ingatan antara kami supaya sentiasa bersyukur dengan apa yang Allah kurniakan.
Kepada kami, telah Allah kurniakan anak-anak yang bijak dan berjaya dalam pelajaran. Walaupun saya dah bersara, Allah tetap mengurniakan rezeki. Abang juga Berjaya dalam kerjayanya. Hidup tidaklah mewah, tapi tidak pula terlalu susah. Memandang diri kami, memang ada kekurangan, tapi tentu ada yang lebih susah daripada kami. Syukur ya Allah!
Tempoh bersama-sama selama 25 tahun sebagai suami isteri bukan sekejap. Banyak perkara suka-duka yang berjaya kami tempuhi. Syukur kepada-Mu ya Allah. Panjangkan jodoh kami hingga ke jannah.
Oh, ya. Bulan lepas, abang hadiahkan handphone. Kira hadiah sempena anniversary la tu!
Terima kasih, abang! I LOVE U!
No comments:
Post a Comment