Sunday, February 23, 2014

Catatan dari Pinggir Kota 38

Amirul: Kisah MRSM bhg 19

Asrama Putera MRSM PH
Sabtu, 22.2.2014
Selesai solat subuh, saya, abang dan kakngah memulakan perjalanan. Kakngah sangat teruja hendak ke sana. Ini kali pertama dia mengikut kami ke sana. Dua kali kami ke sana, dia tak ikut.

Perjalanan pagi memang menyegarkan. Abang suruh kakngah tidur dalam kereta. Ya lah, perjalanan masih jauh, hamper 5 jam baru sampai.

Kami berhenti untuk sarapan pagi di RTC Ipoh. Selesai sarapan, kami meneruskan perjalanan. Kali ini, saya rasakan perjalanan agak cepat. Saya dah boleh cam tempat-tempat yang akan kami tempuhi sepanjang perjalanan. Ini kali yang ke-3 kami ke sana, jadi, rasa macam dah biasa.

Kami sampai pukul 11.30 pagi. Terus ke hotel, check in. Bawa naik barang-barang, lepas tu ke sekolah jemput Amirul. Kami tidak terus masuk. Abang parking kereta di luar pagar sekolah. Abang kemudian berjumpa dengan pengawal keselamatan. Kata mereka, ibu bapa hanya dibenarkan masuk pukul 12 tengah hari.  20 minit lagi ke pukul 12, pengawal yang baik hati dan sentiasa mengukir senyuman dengan kami, suruh abang masuk dan tunggu di sebelah pondok pengawal.

Saya tengok, ada juga ibu bapa yang datang untuk menziarah anak masing-masing. Mereka terus masuk pintu pagar, tapi terpaksa keluar semula sebab belum sampai waktu melawat. Sata tengok, tak pula pengawal tu suruh mereka parking di sebelah pondok pengawal, sebelah kami. Masih ada lagi ruang untuk parking.

5 minit sebelun pukul 12, saya sedang leka berbual dengan abang, tiba2 pengawal wanita ketuk cemin sebelah saya. Terperanjat juga. Dia kata, dah boleh masuk sekarang. Aik! Belum pukul 12 ni. Ok la, dah suruh masuk, kami pun masuklah.

Saya call Amirul suruh bawa semua pakaian yang dah dipakai untuk dihantar ke kedai dobi. Tadi, kami dah singgah di kedai dobi, tanya dulu boleh siap tak hari ni. Esok hari minggu, kebanyakan kedai di sini tutup. Kata pekerja kedai, kalau hantar sekarang, petang ni siaplah. Tapi, caj lebih sikit sebab nak urgent.

Menunggu Amirul, sesuatu yang telah biasa bagi kami. Hero saya ni memang lambat bersiap. Kalau dalam bilik air,  hampir satu jam, kadang-kadang lebih. Inilah yang merisaukan saya, takut-takut perangai tu terbawa2 di asrama.

Sejurus kemudian, saya Nampak Amirul turun dari tangga asrama. Berbaju batik sekolah, merah warnanya, berseluar hitam dan berkasut kulit. Wah! hensemnya anak saya!

Amirul membawa buku outing dan mendapatkan tanda tangan Warden untuk keluar ke bandar. Buku outing itu kemudian ditinggalkan di pondok pengawal. Kami menuju ke KFC, membeli makanan dan balik ke hotel.

Selepas makan, Amirul tidur. Saya membiarkan dia. Saya tahu dia kepenatan. Tidur dalam aircon tentulah selesa. Cuaca di PH ini sangat panas, tapi, waktu pagi sangat sejuk!

Melepaskan rindu, saya baring di sebelah Amirul. Puas rasanya hati dapat menatap wajah anak kesayangan saya ini setelah 12 hari tidak bertemu!




No comments:

Post a Comment