Monday, February 24, 2014

Catatan dari Pinggir Kota 40

Amirul: Kisah MRSM bhg 21

Selepas meninggalkan MRSM, saya minta abang singgah di Warung Kak Na, tempat kami makan tengah hari dan malam. Mula-mula datang ke sini dulu, di sinilah kami makan. Masakannya memang sedap. Kena dengan selera saya.

Cuaca yang panas membuatkan tekak sentiasa dahaga. Saya minta abang belikan air sirap limau, abang dan kakngah tapau teh ais.

Setelah setengah jam perjalanan, kami sampai ke pekan Grik. Saya rasa perjalanan agak cepat pula hari ni. Mula-mula dulu rasa jauh. Selepas Grik, pecan seterusnya ialah Lenggong. Melewati jalan utama, ada pasar malam di sebelah kanan jalan. Kami berhenti untuk melihat kalau-kalau ada sesuatu yang menarik perhatian. Maklumlah, selalunya pasar malam di KL dan Selangor  saja yang jadi tumpuan.

Tempat yang kami singgah itu bernama Kg Sumpitan, kalau tak salah saya. Masih dalam daerah Lenggong. Saya membeli air tembikai, yang saya cari sejak tadi, di warung Kak Na dan kedai lain, tapi tak ada. Saya turut membeli keropok leko goring yang pelbagai jenis, termasuk yang berempah. Tak pernah saya jumpa keropok ini di tempat lain. Sedap juga rasanya.

Waktu hampir pukul 5 petang, tapi sinar matahari yang terik membahang sehingga puipi terasa pijar.
Kami meneruskan perjalanan menuju ke Kuala Kangsar.

Hampir waktu maghrib, kami di lebuh raya. Abang mencadangkan kami berhenti di Kawasan Rehat Tapah untuk sembahyang. Ramai juga yang singgah di sini. Saya pelik, sepanjang lebuh raya dan di semua tempat rehat, penuh dengan manusia. Padahal, bukannya musim cuti, atau musim perayaan.

Setelah saya membeli buah manga potong, dan kakngah membeli buah naga, kami meneruskan perjalanan. Pergerakan lancer walaupun kereta memenuhi ruang jalan lebuh raya. Sesekali saya terlelap. Abang suruh baring, tapi saya tak mahu. Saya mesti temankan abang. Kesian dia memandu sorang-sorang. Saya tak berani memandu malam, sebab penglihatan kurang jelas.

Alhamdulillah. Setelah lima jam perjalanan, pukul 9 malam, kami sampai ke rumah. Mandi membersihkan diri, saya berbaring di ruang tamu, kakngah dan abang menonton tv. Tak sedar bila masanya saya terlena.



No comments:

Post a Comment