Amirul: Kisah MRSM bhg 18
Jumaat, 21.2.2014
Biasanya, hari Jumaat saya akan jemput Amirul dari sekolah pukul 12.30. Lepas tu, saya akan hantar dia ke masjid untuk solat Jumaat. Walaupun jarak antara rumah saya dengan masjid hanya lebih kurang 500 meter, saya tidak pernah membiarkan dia berjalan sendirian ke masjid. Sejak sekolah rendah, hingga sekarang, saya tidak pernah jemu menghantar dan menjemput dia walau ke man-mana pun. Anak-anak saya yang lain pun saya layan macam ni juga.
Sekarang Amirul dah jauh. Rutin biasa saya telah berubah.
Tapi, petang ini saya menerima berita menggembirakan daripada anak kesayangan saya ini. Dia kata, esok (Sabtu dan Ahad) tidak ada apa-apa aktiviti. Ibu bapa pelajar boleh datang. Alhamdulillah!
Saya segera menelefon abang, bertanya tentang abang pula. Abang pun tak ada kerja luar. Saya beritahu abang, esok nak pergi Pengkalan Hulu. Abang memang setuju dengan cadangan saya. Saya pasti, dia pun rindukan Amirul.
Sebelum ni, mereka memang rapat. Sejak bulan lepas, Amirul seronok belajar menunggang motosikal dengan abang. Saya memang risau tengok Amirul menunggang motor, tapi abang kata, Amirul dah ok. Dia dah boeh kawal motosikal dengan baik. Kata abang, 17 April nanti, Amirul genap 16 tahun, dia dah boleh memohon lessen motosikal.
Saya menyuruh abang menempah hotel di Pengkalan Hulu.
Tak sabar rasanya menunggu esok!
Pengkalan Hulu ... tungguuuu! Kami akan datang!
No comments:
Post a Comment