Thursday, March 13, 2014

Catatan dari Pinggir Kota 46

Amirul: Kisah MRSM bhg 26

Acara sukaneka di tepi pantai PD.




Catatan dari Pinggir Kota 45


Amirul: Kisah MRSM bhg 25


Alhamdulillah.

Sabtu, 1 Mac 2014.

Seawal 5 pagi saya bangun, membasuh pakaian, kemudian meletakkan barangan yang nak dibawa ke PD berhampiran pintu. Tak lama kemudian, Abang bangun, mengejutkan Amirul dan kakngah. Selepas solat subuh, kami bergerak ke rumah emak.

Selepas sarapan bagi bersama-sama emak dan abah, kami ke sebuah shopping complex sebab nak beli t shirt Amirul. Cadangan mulanya nak pergi awal ke PD.

Pukul 11 pg. Kami bergerak dari Wangsa Maju ke PD. Masuk saja  highway Sg Besi, aduh jalan penuh sesak dengan kereta. Sudahnya, setelah bersama-sama memeriahkan jalan raya, kami sampai PD pukul 2 petang.

Check in hotel, terus masuk, rehat jap, lepas ni, pukul 4 nak ke tepi pantai, ada acara yang telah disediakan oleh rakan-rakan Abang. Amirul tak nak ikut sebab nak buat kerja yang cikgu dah bagi.
Sempat juga lelapkan mata sebelum Abang kejut sebab dah pukul 4. Abang, saya dan kakngah menuju ke tepi pantai berhampiran hotel. Ada rakan-rakan abang bersama-sama keluarga masing-masing dah pun berada di situ.Ada pula yang masih belum sampai, tersangkut dalam kesesakan jalan raya.


Catatan dari Pinggir Kota 44


Amirul: Kisah MRSM bhg 24

Alhamdulillah.

Jumaat, 28 Februari 2014.

Hari ni hari yang saya tunggu-tunggu. Amirul akan balik, balik sendiri dengan bas yang telah diaturkan oleh pihak maktab.

Pukul 3.30 petang, Amirul sms, baru bergerak dari maktab. Maknanya, pukul 9 atau 10 malam baru sampai KL.

Saya call Abang, minta balik cepat, jangan singgah mana-mana. Abang gelak. Awal lagi ni. Abang balik macam biasalah. Sebelum maghrib kan Abang dah sampai rumah.

Sebenarnya, saya yang tak sabar!

Pukul 6.30 Amirul sms, mereka singgah di Kawasan Rehat Sg. Perak.

Pukul 8 malam, kami bertolak dari rumah ke Stesen Bas Jalan Duta. Walaupun masih awal, bairlah cepat, nanti kalau ada sesuatu yang berlaku di jalan raya, taklah kami terlewat. Saya tak mahu kalau Amirul dah sampai, tapi kami masih dalam perjalanan.

8.30 malam kami sampai ke Stesen Bas Jln Duta. Menunggu, rasa macam lama!

9 malam, Amirul sms kata dah sampai. Bas berhenti di tepi jalan, tak masuk ke stesen. Sementara kami pula tunggu di kawasan dalam stesen. Abang segera ke tempat bas berhenti, kemudian saya nampak Amirul, berbaju batik maktab, berjalan ke arah saya, beriringan dengan Abang.

Alhamdulillah. Syukur ya Allah. Engkau menyelamatkan anakku dan rakan2 sehingga selamat sampai ke sini.

Saya memeluk dan mencium Amirul.

Rindu saya terubat!









Tuesday, February 25, 2014

Catatan dari Pinggir Kota 43

Amirul: Kisah MRSM bhg 23

Alhamdulillah.

Hari ini, 26 Februari 2014, 25 tahun yang lalu merupakan hari yang penuh debaran. Hari inilah rumah emak dipenuhi sanak-saudara yang berkumpul untuk majlis perkahwinan saya. Sejak semalam, rumah riuh-rendah. Tapi, saya yang berdebar-debar.

Hari ini Hari Persandingan. Hari saya menjadi permaisuri kepada seorang raja yang saya cintai.

Cepatnya masa berlalu. Syukur kepada Allah yang membenarkan kami hidup bersama-sama sehingga saat ini.

Kembali kepada kisah anak saya di MRSM. Dia minta resipi lain sebab ada tambahan dua ekor ayam lagi bagi kumpulannya. Kelam kabut saya mesej kak long suruh carikan resipi untuk Amirul.

Malam tadi, Amirul mesej saya. Katanya, mereka dah berjaya masak. Macam mana rasa tak tahulah. Tapi, Homeroom mereka mesti memantau kumpulannya. Homeroom (Cikgu Rosliza) nampaknya seorang guru yang baik. Masa mula-mula jumpa pada hari pendaftaran Amirul, siap peluk-peluk lagi dengan saya. Apa-apa hal, dia kata boleh telefon atau sms dia. Alhamdulillah. Cikgu macam ni lah yang saya hormat.

Amirul juga kata, malam tadi dia sakit perut. Mungkin makan macam-macam agaknya. Risau juga saya. Pukul 1 pagi dia ke bilik air.

Saya pesan suruh sapu minyak angina yang saya bekalkan. Saya pesan lagi, kalau sakit sangat, beritahu Warden untuk bawa ke klinik.

Pagi tadi, semasa saya call dia, dia kata dah kurang sakit. Abang suruh beritahu dia, pergi kafe beli air kopi 0 atau teh 0 pekat tanpa gula. Minuman ini akan menghilangkan cirit-birit.

Pukul 10 pagi, saya ajak kakngah ke kiosk uniform. Nak beli lagi sepasang baju sekolah dan baju Melayu untuk Amirul. Baju dan seluar ni pula nak kena kecilkan sikit. Hari Jumaat ni, amirul balik bermalam. Dia dah beli tiket yang diuruskan oleh pihak maktab. Balik ke rumah hari Jumaat dan balik semula ke maktab hari Ahad.

Dia balik hari Jumaat. Abang dan staf bahagiannya pula ada Family Day di Port Dickson pada hari Sabtu. Jadi, perancangan saya begini:
    Jemput Amirul di stesen bas Jalan Duta dan balik ke rumah. Pagi-pagi Sabtu lepas subuh, pergi rumah emak saya. Nak temukan Amirul dengan atuk dan neneknya. Lepas sarapan, kami akan ke PD. Bermalam di sana - Akar Beach Resort - sebuah hotel baru.
    Lepas solat subuh hari Ahad mesti bergegas balik, terus ke stesen Duta. Bas Amirul akan bertolak pukul 9 pagi. Cukuplah, saya dapat bersama-sama Amirul hari Jumaat malam, hari Sabtu, dan Sabtu malam.

    Hilanglah rindu saya kepadanya!




Monday, February 24, 2014

Catatan dari Pinggir Kota 42

Hari ini Tarikh Bersejarah

Selasa. 25.2.2014

Pagi: minum dengan abang. Sebelum tu, abang singgah di ATM di stesen Petron. Abang keluar dengan senyuman. Gaji!

Minum dan borak-borak, lepas tu balik sebab abang nak kerja. Abang minta saya tolong uruskan bayaran insuran dan road tax kereta abah. Saya ajak kakngah teman.

Urusan pembaharuan insuran dan road tax selesai hampir pukul 10 pagi.

Saya dapat sms daripada abang. Saya terharu dengan kata-kata abang. Ya, hari ini genaplah 25 tahun usia penyatuan hidup kami. Tak ada sambutan yang istimewa. Cukuplah ingatan antara kami supaya sentiasa bersyukur dengan apa yang Allah kurniakan.

Kepada kami, telah Allah kurniakan anak-anak yang bijak dan berjaya dalam pelajaran. Walaupun saya dah bersara, Allah tetap mengurniakan rezeki. Abang juga Berjaya dalam kerjayanya. Hidup tidaklah mewah, tapi tidak pula terlalu susah. Memandang diri kami, memang ada kekurangan, tapi tentu ada yang lebih susah daripada kami. Syukur ya Allah!

Tempoh bersama-sama selama 25 tahun sebagai suami isteri bukan sekejap. Banyak perkara suka-duka yang berjaya kami tempuhi. Syukur kepada-Mu ya Allah. Panjangkan jodoh kami hingga ke jannah.

Oh, ya. Bulan lepas, abang hadiahkan handphone. Kira hadiah sempena anniversary la tu!

Terima kasih, abang! I LOVE U!

Catatan dari Pinggir Kota 41

Amirul: Kisah MRSM bhg 22

Isnin. 24.2.2014

Rutin harian macam biasa. Pagi: minum kat kedai mamak dengan abang. Lepas abang pergi kerja, balik membasuh pakaian.

Lepas tu, pergi kedai beli barang kuih. Esok nak buat kek lapis jem. Tempahan daripada Faizah, rakan sepejabat abang untuk hari rabu ni. Hari Jumaat lepas dia dah order. Memang dia yang selalu order kek ni. Sekali order banyak pulak tu. terima kasih la kat Faizah.

Menunggu telefon daripa a Amirul satu kemestian.

Saya hampir nak lelap dalam pukul 12 malam apabila mendapat mesej daripada Amirul. Hahah! nak tergelak pun ada. Amirul minta resipi untuk memasak. Katanya, dia dan kawan-kawan masuk pertandingan memasak. Minggu ni mereka ada minggu aktiviti, isnin hingga jumaat. Mereka diberikan seekor ayam.

Saya segera teringat, Amirul suka makan kuetiau. Saya pernah ajar dia goreng kuetiau. Mungkin dia masih ingat cara menggorengnya. Saya pun menulis resipi dan menghantar mesej kepadanya.

Kemudian, saya berikan satu lagi resipi, sup ayam, supaya mereka boleh memilih antara kedua-dua resipi tersebut.

Inilah kelebihan tinggal berjauhan dengan keluarga. Kena berusaha sendiri sama ada untuk aktiviti sekolah atau aktiviti sendiri. Semoga pengalaman tersebut akan mematangkan Amirul. Semoga dia akan menjadi insan berguna dunia dan akhirat. Permudahkan semua jalan ke arah kebaikan bagi anakku ini ya Allah!

Catatan dari Pinggir Kota 40

Amirul: Kisah MRSM bhg 21

Selepas meninggalkan MRSM, saya minta abang singgah di Warung Kak Na, tempat kami makan tengah hari dan malam. Mula-mula datang ke sini dulu, di sinilah kami makan. Masakannya memang sedap. Kena dengan selera saya.

Cuaca yang panas membuatkan tekak sentiasa dahaga. Saya minta abang belikan air sirap limau, abang dan kakngah tapau teh ais.

Setelah setengah jam perjalanan, kami sampai ke pekan Grik. Saya rasa perjalanan agak cepat pula hari ni. Mula-mula dulu rasa jauh. Selepas Grik, pecan seterusnya ialah Lenggong. Melewati jalan utama, ada pasar malam di sebelah kanan jalan. Kami berhenti untuk melihat kalau-kalau ada sesuatu yang menarik perhatian. Maklumlah, selalunya pasar malam di KL dan Selangor  saja yang jadi tumpuan.

Tempat yang kami singgah itu bernama Kg Sumpitan, kalau tak salah saya. Masih dalam daerah Lenggong. Saya membeli air tembikai, yang saya cari sejak tadi, di warung Kak Na dan kedai lain, tapi tak ada. Saya turut membeli keropok leko goring yang pelbagai jenis, termasuk yang berempah. Tak pernah saya jumpa keropok ini di tempat lain. Sedap juga rasanya.

Waktu hampir pukul 5 petang, tapi sinar matahari yang terik membahang sehingga puipi terasa pijar.
Kami meneruskan perjalanan menuju ke Kuala Kangsar.

Hampir waktu maghrib, kami di lebuh raya. Abang mencadangkan kami berhenti di Kawasan Rehat Tapah untuk sembahyang. Ramai juga yang singgah di sini. Saya pelik, sepanjang lebuh raya dan di semua tempat rehat, penuh dengan manusia. Padahal, bukannya musim cuti, atau musim perayaan.

Setelah saya membeli buah manga potong, dan kakngah membeli buah naga, kami meneruskan perjalanan. Pergerakan lancer walaupun kereta memenuhi ruang jalan lebuh raya. Sesekali saya terlelap. Abang suruh baring, tapi saya tak mahu. Saya mesti temankan abang. Kesian dia memandu sorang-sorang. Saya tak berani memandu malam, sebab penglihatan kurang jelas.

Alhamdulillah. Setelah lima jam perjalanan, pukul 9 malam, kami sampai ke rumah. Mandi membersihkan diri, saya berbaring di ruang tamu, kakngah dan abang menonton tv. Tak sedar bila masanya saya terlena.



Sunday, February 23, 2014

Catatan dari Pinggir Kota 39

Amirul: Kisah MRSM bhg 20

Ahad. 23.2.2014

Malam tadi, saya tidur nyenak.

Pagi, kami bersarapan di sebuah warung. Kemudian, kami ke Baling, sebuah pekan di Kedah yang bersempadan dengan Perak. Saja kami ke sana untuk membawa kakngah yang belum pernah sampai. Kami pun baru kali ke-2 ke sana. Lagi pun, abang nak tengok sebuah pasar raya. Amirul kata, hari Jumaat lepas, dia outing dengan kawan, beli barang keperluan di pasar raya itu.

Pekan Baling lebih besar daripada pekan PH. Perjalanan berkereta dari PH mengambil masa 10 minit. Setelah berpusing mencari, kami tidak Nampak pun pasar raya berkenaan. Abang masuk ke sebuah kedai barang untuk membeli berus dan kiwi untuk Amirul. Jurujual memberitahu, pasar raya yang kami cari terletak lebih kurang 10 minit perjalanan, menghala ke Sungai Petani. Kami pun menuju ke situ.

Itu dia! Kami jumpa juga pasar raya itu, tapi nampak macam tutup je. Kedai lain pun banyak yang tutup. Masa singgah di sebuah bank tadi pun, tutup juga. saya tak puas hati. Saya Nampak dua orang wanita yang sedang membawa plastik sampah untuk di buang. saya segera bertanya, dan barulah kami tahu jawapannya. Kebanyakan kedai bukanditutup, tapi belum dibuka. Mereka beroperasi pukul 11, sedang waktu kami sampai baru pukul 10.

Hal ini tentu saja pelik bagi saya. Kita dah biasa, kedai dan premis perniagaan, termasuk bank di KL dan Selangor, pukul 9 dah beroperasi.

Kami pusing-pusing sekitar kawasan itu dan saya ternampak sebuah hotel yang cantik dekorasinya. bangunan itu pun nampak macam baru. Kami segera masuk dan meninjau bilik2 hotel. Memang cantik, dan baru beroperasi hampir setahun. Inilah yang saya cari2, hotel yang mempunyai bilik yang selesa di tingkat bawah. Nanti, kalau saya nak bawa mak dan abah melawat Amirul, kami akan meilih hotel ini. Wheel chair abah boleh masuk terus ke bilik hotel.

Setelah berlegar-legar meninjau kawasan, kami balik ke hotel untuk check out. Keperluan Amirul semua dah sedia, baju dan seluar dah saya gosok. Kami menuju ke sekolah semula. Hari ni hanya boleh jumpa Amirul di sekolah, tak boleh keluar, sebab semalam dia dah keluar.

Saya berasa lega apabila melihat Amirul senyum dan tidak menampakkan sebarang kelainan. Nampaknya dia ok di situ. Kawan2 yang bersama dengan dia pun nampak ok semuanya. Bekalan makanan yang saya belikan, sya bagi untuk Amirul makan dengan kawan2.

Pukul 4, sambil saya memeluk erat , saya cium pipi Amirul. Amirul bersalaman dengan kakngah, salam abang dan berpelukan. Kami meninggalkan sekolah dan memulakan perjalanan pulang ke KL.



Catatan dari Pinggir Kota 38

Amirul: Kisah MRSM bhg 19

Asrama Putera MRSM PH
Sabtu, 22.2.2014
Selesai solat subuh, saya, abang dan kakngah memulakan perjalanan. Kakngah sangat teruja hendak ke sana. Ini kali pertama dia mengikut kami ke sana. Dua kali kami ke sana, dia tak ikut.

Perjalanan pagi memang menyegarkan. Abang suruh kakngah tidur dalam kereta. Ya lah, perjalanan masih jauh, hamper 5 jam baru sampai.

Kami berhenti untuk sarapan pagi di RTC Ipoh. Selesai sarapan, kami meneruskan perjalanan. Kali ini, saya rasakan perjalanan agak cepat. Saya dah boleh cam tempat-tempat yang akan kami tempuhi sepanjang perjalanan. Ini kali yang ke-3 kami ke sana, jadi, rasa macam dah biasa.

Kami sampai pukul 11.30 pagi. Terus ke hotel, check in. Bawa naik barang-barang, lepas tu ke sekolah jemput Amirul. Kami tidak terus masuk. Abang parking kereta di luar pagar sekolah. Abang kemudian berjumpa dengan pengawal keselamatan. Kata mereka, ibu bapa hanya dibenarkan masuk pukul 12 tengah hari.  20 minit lagi ke pukul 12, pengawal yang baik hati dan sentiasa mengukir senyuman dengan kami, suruh abang masuk dan tunggu di sebelah pondok pengawal.

Saya tengok, ada juga ibu bapa yang datang untuk menziarah anak masing-masing. Mereka terus masuk pintu pagar, tapi terpaksa keluar semula sebab belum sampai waktu melawat. Sata tengok, tak pula pengawal tu suruh mereka parking di sebelah pondok pengawal, sebelah kami. Masih ada lagi ruang untuk parking.

5 minit sebelun pukul 12, saya sedang leka berbual dengan abang, tiba2 pengawal wanita ketuk cemin sebelah saya. Terperanjat juga. Dia kata, dah boleh masuk sekarang. Aik! Belum pukul 12 ni. Ok la, dah suruh masuk, kami pun masuklah.

Saya call Amirul suruh bawa semua pakaian yang dah dipakai untuk dihantar ke kedai dobi. Tadi, kami dah singgah di kedai dobi, tanya dulu boleh siap tak hari ni. Esok hari minggu, kebanyakan kedai di sini tutup. Kata pekerja kedai, kalau hantar sekarang, petang ni siaplah. Tapi, caj lebih sikit sebab nak urgent.

Menunggu Amirul, sesuatu yang telah biasa bagi kami. Hero saya ni memang lambat bersiap. Kalau dalam bilik air,  hampir satu jam, kadang-kadang lebih. Inilah yang merisaukan saya, takut-takut perangai tu terbawa2 di asrama.

Sejurus kemudian, saya Nampak Amirul turun dari tangga asrama. Berbaju batik sekolah, merah warnanya, berseluar hitam dan berkasut kulit. Wah! hensemnya anak saya!

Amirul membawa buku outing dan mendapatkan tanda tangan Warden untuk keluar ke bandar. Buku outing itu kemudian ditinggalkan di pondok pengawal. Kami menuju ke KFC, membeli makanan dan balik ke hotel.

Selepas makan, Amirul tidur. Saya membiarkan dia. Saya tahu dia kepenatan. Tidur dalam aircon tentulah selesa. Cuaca di PH ini sangat panas, tapi, waktu pagi sangat sejuk!

Melepaskan rindu, saya baring di sebelah Amirul. Puas rasanya hati dapat menatap wajah anak kesayangan saya ini setelah 12 hari tidak bertemu!




Catatan dari Pinggir Kota 37

Amirul: Kisah MRSM bhg 18

Jumaat, 21.2.2014

Biasanya, hari Jumaat saya akan jemput Amirul dari sekolah pukul 12.30. Lepas tu, saya akan hantar dia ke masjid untuk solat Jumaat. Walaupun jarak antara rumah saya dengan masjid hanya lebih kurang 500 meter, saya tidak pernah membiarkan dia berjalan sendirian ke masjid. Sejak sekolah rendah, hingga sekarang, saya tidak pernah jemu menghantar dan menjemput dia walau ke man-mana pun. Anak-anak saya yang lain pun saya layan macam ni juga.

Sekarang Amirul dah jauh. Rutin biasa saya telah berubah.

Tapi, petang ini saya menerima berita menggembirakan daripada anak kesayangan saya ini. Dia kata, esok (Sabtu dan Ahad) tidak ada apa-apa aktiviti. Ibu bapa pelajar boleh datang. Alhamdulillah!

Saya segera menelefon abang, bertanya tentang abang pula. Abang pun tak ada kerja luar. Saya beritahu abang, esok nak pergi Pengkalan Hulu. Abang memang setuju dengan cadangan saya. Saya pasti, dia pun rindukan Amirul.

Sebelum ni, mereka memang rapat. Sejak bulan lepas, Amirul seronok belajar menunggang motosikal dengan abang. Saya memang risau tengok Amirul menunggang motor, tapi abang kata, Amirul dah ok. Dia dah boeh kawal motosikal dengan baik. Kata abang, 17 April nanti, Amirul genap 16 tahun, dia dah boleh memohon lessen motosikal.

Saya menyuruh abang menempah hotel di Pengkalan Hulu.

Tak sabar rasanya menunggu esok!
Pengkalan Hulu ... tungguuuu! Kami akan datang!


Catatan dari Pinggir Kota 36

Amirul: Kisah MRSM bhg 17

Hari ni, Rabu. Saya rasa lambat sangat nak tunggu hari Jumaat. saya nak kepastian daripada Amirul, sama ada dia ada aktiviti atau tidak pada hari Sabtu dan Ahad nanti. Kalau tak ada, saya nak ke sana, nak jumpa dia.

Amirul sentiasa dalam ingatan.

Catatan dari Pinggir Kota 35

Amirul: Kisah MRSM bhg 16

Selasa. 18.2.2014.

Hari ini, saya tak tahu apa nak buat. Sebentar lagi abang akan pergi kerja. Kakngah, masih tidur.

Lepas abang eprgi kerja, saya kejutkan kakngah, ajak dia pergi minum.

Kakngah ajak saya ke McD. Saya ikut saja. Sekarang, dialah satu-satunya peneman saya. Tak lama lagi, setelah keputusan SPM diumumkan, saya akan keseorangan!

Kami lepak di McD sambil kakngah melayan saya dengan Ipad. Kami lepak lama juga sebab tak tahu nak ke mana-mana.

Catatan dari Pinggir Kota 34

Amirul: Kisah MRSM bhg 15

Isnin. 17.2.2014.

Hari ini genaplah seminggu Amirul di tempat baru, dalam suasana baru. Saya sangat terasa kehilangan dia. Rumah rasa sunyi. Biasanya, pagi2 macam ni, saya dan abang akan hantar dia ke sekolah. Sebelah petang, saya akan jemput dia balik. Lepas makan, kalau ada aktiviti koko, saya akan hantar dia, kadang2 turut menjemput kawan baik dia yang akan sama-sama ke sekolah. Masa saya sentiasa penuh dengan aktiviti di rumah dan melayan anak-anak. Sebab itulah saa terasa sangat kehilangan dia.

Saya dah merancang, hari Satu ni saya nak ajak abang ke Pengkalan Hulu, tapi saya belum beritahu dia. Kena Tanya dulu, takut kalau2 abang ada kerja.

Kalau boleh, hari ni juga saya nak pergi ke sana. Saya sanggup naik bas sendirian kalau abang ada kerja!

Catatan dari Pinggir Kota 33

Amirul: Kisah MRSM bhg 14


Ahad. 16.2.2014

Rumah sunyi. Saya kemes-kemas bilik tidur Ayun. Harum wangi badan dia membuatkan saya sayu. Macam manalah agaknya dia di sana?

Malam. Saya dan abang ke rumah Ucu (adik saya) untuk menjemput kakngah. Dia ikut Ucu ke Gambang.

Sampai di rumah, suasana terasa berbeza. Saya setia menunggu call daripada Ayun. Saya rasakan, masa terlalu lambat bergerak.

Saya tak boleh tidur selagi Ayun tak telefon. Hampir pukul 12 baru dia call. Katanya, baru balik dari majlis penutup minggu suai kenal.

Barulah saya boleh tidur. Tapi, tidur saya tidak nyenyak.

Catatan dari Pinggir Kota 32

Amirul: Kisah MRSM bhg 13

Sabtu. 15.2.2014

Malam tadi, Amirul call pukul 11 lebih. Dia kata, kawan2 ada yang belum tidur. Mendengar suara dia, baru say rasa lega. Barulah saya boleh melelapkan mata.

Pagi2, saya kemas rumah. Abang, awal2 tadi dah kat luar, cuci kereta yang dah lama tak berbasuh. Pukul 8, kami ke kedai maka, minum sambil berbora. Kalau ada Amirul, dia akan ikut kami bersarapan bersama. Saya teringat dia. Air kegemaran dia di sini, neslo ais.

Lepas minum, saya ajak abang ke kedai runcit. Hari ni tak perlu ke pasar. Saya akan kurangkan aktiviti memasak. Kami berdua saja, jadi makan tak kisah sangat.

Malam, setelah Amirul call, saya terus tidur.

Friday, February 14, 2014

Catatan dari Pinggir Kota 31

Amirul: Kisah MRSM bhg 12

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum rakan PUSPANITA dan pembaca yang dirahmati Allah.

     Jumaat. Hari ke-5. Amirul di asrama. Hari ini pun saya kejutkan dia
    Malam tadi dia telefon, dan saya dengar dia happy dgn kawan2. Abang pesan macam2 kat Amirul, maklumlah dia tu tak pernah berjauhan, tak pernah bersendirin menguruskan hidup!
    Hari ni juga kaklong akan balik ke uum. cuti sem dah habis. Saya dan abang hantar dia ke stesen bas duta. Bas pukul 10.30 pagi.
   Hari ni, saya hanya tinggal berdua dgn abang. Kakngah masih kat rumah ucu, tolong katering.
   Saya tak dapat bayangkan, apabila keputusan SPM keluar nanti, kakngah juga akan meninggalkan kami. Akan bermulalah kehidupan saya dan abang berdua tanpa anak-anak.
Ya, Allah! Sedihnya!

Catatan dari Pinggir Kota 30

Amirul: Kisah MRSM bhg 11

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum rakan PUSPANITA dan pembaca yang dirahmati Allah.

     Kamis. Hari ke-4 Amirul di asrama mrsm PH. Saya kejutkan dia.
    Malam. Saya menunggu telefon dia lagi!
    Amirul satu-satunya anak lelaki saya! Saya ambil bantal dia di dalam biliknya. Saya bawa bantal tu ke mana-mana. Masa tidur, saya peluk bantak tu. Saya rasa macam peluk dia bila peluk bantal yang ada bau badan dia!
    

Catatan dari Pinggir Kota 29

Amirul: Kisah MRSM bhg 10

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum rakan PUSPANITA dan pembaca yang dirahmati Allah.

     Rabu. Pagi. Hari ke-3 Amirul sendirian di PH. Pukul 5.30 saya telefon untuk kejutkan dia.
    Malam. Saya menunggu telefon daripada dia lagi!
    Saya rindukan anak saya!

Catatan dari Pinggir Kota 28

Amirul: Kisah MRSM bhg 9

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum rakan PUSPANITA dan pembaca yang dirahmati Allah.

     Selasa. Pagi. Pukul 5.30 saya telefon untuk kejutkan Amirul. Saya risau dia tidak terjaga walaupun dah dibekalkan jam loceng dan HP pun boleh set waktu bangun. Kalau di rumah, saya dan abanglah tukang kejutkan dia.
    Malam. Saya menunggu telefon daripada dia!
    Entah sebab keletihan, saya tertidur. Abang pun tertidur. Saya sedar hampir pukul 12 tgh malam. Saya tengok ada miss call kat hp. Amirul telefon!
     Saya segera menelefon dia. Sempat bercakap sekejap. Dia dah nak tidur. Suaranya, dengar macam ok! Alhamdulillah! Saya rasa lega.

Catatan dari Pinggir Kota 27

Amirul: Kisah MRSM bhg 8

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum rakan PUSPANITA dan pembaca yang dirahmati Allah.

    Kami sampai ke rumah hampir pukul 10 malam. Setelah mandi mebersihkan diri, saya tidak terus tidur. Saya menunggu telefon daripa Amirul.
    Oh, lupa nak catat. Saya belikan Amirul HP baru. HP yang tidak canggih, sebab peraturan mrsm hanya membenarkan telefon biasa digunakan oleh pelajar, bukan smartphone.
     11 lebih Amirul telefon. Lega. Barulah saya boleh tidur. Tapi tidur saya tidak nyenyak. Saya terbayang wajah anak kesayangan saya itu!

Catatan dari Pinggir Kota 26

Amirul: Kisah MRSM bhg 7

Bismillahirrahmanirrahim.
 
Selesai urusan di asrama, saya dan abang membawa Amirul keluar untuk makan. Selepas itu kami ke Baling sekali lagi untuk mencari keperluan yang dirasakan perlu untuk Amirul. Selepas solat asar di masjid PH yang catik, kami menghantar Amirul ke asrama.

   
Perasaan saya tak tahu nak cakap. Sebentar lagi saya akan berpisah dengan anak bongsu yang tidak pernah berjauhan drp saya. Hati ibu mana yang tidak sedih, tapi untuk masa depan Amirul, saya tahankan perasaan. Tabahlah wahai hati!
   
Setelah meninggalakan pesan dan nasihat, kami meninggalkan Amirul untuk memulakan hidup barunya di asrama MRSM PH. Saya memeluk Amirul beberapa kali. Kaklong memeluk Amirul. Abang memeluk Amirul sambil mereka senyum dan ketawa.

Ah, abang! Saya tahu, dalam ketawa, abang pun sedih untuk berjauhan dengan Amirul. Tapi, lelaki kan, mana nak tunjuk rasa sedih mereka!

Catatan dari Pinggir Kota 25

Amirul: Kisah MRSM bhg 6


Bismillahirrahmanirrahim.

Hari ini, 10.2.2014, pendaftaran pelajar tingkatan 4 seluruh mrsm, termasuk Amirul di MRSM Pengkalan Hulu.
    
Pagi. Kami bersarapan di Restoran Mohd Noor. Anak-anak saya siap ambil gambar restoran ni. Sebab, restoran ni dtuk mereka yang punya. Ha ha!
   
Semasa bersarapan, beberapa keluarga yang lain pun datang bersarapan di situ. Ada ibu, bapa, abang, kaka, adik, atuk, nenek yang turut serta menghantar ahli keluarga yang akan tinggal di situ untuk dua tahun yang akan datang.
   
Amirul masih belum bersiap. kami balik ke hotel untuk berbuat apa-apa yang patut! Selepas bersiap, kami segera ke MRSM. Kami disambut oleh para pelajar di pintu pagar. Mereka memberikan panduan masuk, dan di sepanjang laluan, terdapat pelajar yang membantu kami menunjukkan tempat yang perlu ditujui.
   
Urusan pendaftaran selesai. Kami dibantu oleh pelajar tingkatan 3 yang berebut-rebut hendak membawa barang-barang Amirul. Sungguh bagus disiplin di sini, hebat guru-guru yang mendidik mereka. Mereka kelihatan seronok membantu pelajar baru, walaupun terpaksa membawa barang2 berat, berjalan di tengah panas ke asrama, tapi mereka tetap senyum dan ramah!
   Terima kasih wahai anak-anak yang mambantu!

Catatan dari Pinggir Kota 24

Amirul: Kisah MRSM bhg 5

Bismillahirrahmanirrahim.

Antara jalan yg ditempuh menuju ke PH.
Saya mencadangkan kepada abang supaya kami bertolak pada hari Sabtu. Jadi, kami ada masa hari Ahad untuk membeli barangan yang belum ada, dan dapat berehat sebelum hari pendaftaran.
 
Saya meminta kaklong booking hotel, tapi kebanyakan hotel semua dah penuh. Booking apa yang ada saja - Hotel Hilltowne untuk malam pertama, dan kena pindah ke Hotel Highland pada mlm ke-2. Tapi hotel itu bersebelahan, dan taukenya sama.
Pekan PH. Hotel Hilltowne & Highland sebelah kiri.
Hotel ini sepuluh kali lebih baik drp hotel iskandar dulu. Peringatan untuk kami sendiri, sebab selepas ini kami akan selalu ke sana, jangan sekali-kali tinggal di hotel iskandar. Segala-galanya tak best langsung!

Pukul 5 ptg kami masih di RTC Ipoh. Maknanya kami akan menempuh perjalanan malam selama 4 jam lagi ke PH. Dari Grik ke PH jalan memang berliku-liku. Kereta pun tak banyak. Seram juga saya. Hampir pukul 9 mlm kami sampai, check in dan terus membersihkan diri. Satu yang paling suka di sini, cuacanya memang sejuk!

 
Kebanyakan kedai di PH tutup hari Ahad.
Pagi hingga petang Ahad, kami menguruskan semua keperluan Amirul. Hari ni pula kebanyakan kedai tutup. Jadi, kami terpaksa ke pekan Baling, Kedah. Tak la jauh, lebih kurang 10 minit perjalanan. Pekan Baling lebih besar daripada PH, dan lebih banyak barang keperluan boleh didapati di sini.

Catatan dari Pinggir Kota 23

Amirul: Kisah MRSM bhg 4

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum rakan PUSPANITA dan pembaca yang dirahmati Allah.

      Keputusan Amirul  menerima tawaran adalah pada malam Khamis, 6 feb 2014. Bermakna, hanya ada satu hari saja, iaitu esok - Jumaat - untuk menyelesaikan segala urusan. Abang cuti untuk menguruskan borang dan tanda tangan majikan. Bayaran yuran melalui GIRO BSN pun kena buat hari ni. Sebenarnya, bayaran yuran mesti dibayar seminggu sebelum pendaftaran, mengikut syarat dalam borang yang dikeluarkan oleh MARA. Tapi, abang kata, tak apa, sebab, resit pembayaran tu kena bawa bersama semasa pendaftaran. Abang pun dengan selamba membayar pada hari jumaat.

      Kemudian membawa Amirul membuat pemeriksaan doktor, buat x-ray.
      Amirul uruskan sendiri hal surat-menyurat, sijil berhenti dan sebagainya dari pihak sekolah.
Kemudian, kami membeli-belah - baju, seluar dan keperluan pakaian Amirul seperti yang disenaraikan.
Kami mengambil keputusan, barangan keperluan lain akan dibeli di PH atau di Baling.

Memang kelam kabut dibuatnya. Persiapan yang sepatutnya disediakan seminggu dulu, terpaksa diselesaikan dalam satu hari. Amirul!

Keputusan Amirul menerima tawaran MRSM tidak diketahui oleh kawan-kawannya, guru-gurunya, malah kaum keluarga kami sendiri!

Catatan dari Pinggir Kota 22

Amirul: Kisah MRSM bhg 3

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum rakan PUSPANITA dan pembaca yang dirahmati Allah.


      6 feb 2014. Khamis. Saya tanya abang, kalau-kalau Amirul memberitahunya tentang maktab.
     Abang kata, tak ada apa-apa pun.
Saya membuat andaian bahawa Amirul tidak mahu ke MRSM itu. Abang pula berasa macam Amirul nak pergi.

Sebenarnya kami tak memaksa. Kami biar dia membuat pilihan sendiri. Kami tak kisah walau apa pun keputusannya. Memanglah, sebagai ibu, sya amat berbangga apabila dia ditawarkan, dan pastinya saya mahu dia meenerima tawaran itu. Dalam masa yang sama, saya semacam sukar menerima jikam dia memilih untuk pergi. Dia satu-satunya jantung hati saya, anak bongsu, lelaki pula tu.

Abang balik agak lewat hari tu. Sebaik masuk maghrib abng pun sampai. Saya sembahyang dulu. Kemudian abang berjemaah dengan Amirul dalam bilik. Lama mereka sembahyang. Saya memang dah biasa, kalau mereka berjemaah, dan kadang kala saya pun berjemaah, Amirul sembahyang lama.

Saya merapati pintu bilik setelah yakin mereka dah selesai sembahyang. Kedengaran suara abang becakap-cakap dengan Amirul. Saya memasang telinga. Jelas kedengaran percakapan mereka sebab pintu tidak dirapatkan.
    "Ayah nak adik fikir betul-betul. Ayah tak paksa. mama pun tak paksa. Betul ini pilihan adik, ikhlas dari hati?" kedengaran suara abang.
    Tidak kedengaran suara jawapan.
    "Bukan sebab adik terpaksa, sebab, ayah atau sebab mama?"

Air mata saya mula bergenang. Saya tahu, melalui cara abang bercakap, Amirul sudah membuat keputusan untuk menerima tawaran itu!
      Oh, Tuhan!

Catatan dari Pinggir Kota 21

Amirul: Kisah MRSM bhg 2

Dah hampir ke pekan Grik

Pekan Pengkalan Hulu

Bismillahirrahmanirrahim.
 
Amirul nampak macam biasa saja apabila saya memberitahu tentang sms dari MARA. Keputusan di tangannya, sama ada hendak terima atu tidak tawaran itu. Atas permintaan Amirul juga, kami membawanya untuk melihat sendiri suasana di MRSM Pengkalan Hulu itu.

Kebetulan abang bercuti sehingga Isnin, kami pun pergi ke PH pada hari Ahad 2 Feb 2014. 3hb adalah hari pendaftaran pelajar tingkatan 1 mrsm. Kami mengambil kesempatan untuk turut sama meninjau kawasan persekitaran maktab pada hari itu. Yang penting, saya dan abang mahu Amirul melihat sendiri tempat itu.
Kawasan dalam MRSM
Perjalanan 5 jam dari rumah ke PH agak meletihkan. Melalui Lebuh Raya Plus, kami susur keluar ke Kuala Kangsar. Dari situ, jarak ke PH sejauh 150 km. Dalam perjalanan, kami menempuh Lenggong dan Grik, kemudian barulah sampai ke PH. Kami terus saja check in hotel Iskandar. Hotel ini agak mengecewakan, tapi itu saja yang ada. Hotel lain penuh. Tak apalah, kata abang. Sekejap saja.

Pagi Isnin, kami bersarapan di Restoran Mohd Noor – sarapan roti canai dan teh tarik memang menyelerakan. Kata abang dia tidak pernah merasa roti canai dah kuah yang sesedap itu di Kuala Lumpur.
 
Kami ke MRSM yang letaknya lebih kurang 1 km dari pusat bandar. Di pintu pagar, kami masuk tanpa banyak soal kerana hari itu adalah hari pendaftaran pelajar baru tingkatan 1. Parking kereta, dan abang sempat berbual-bual dengan seorang pelajar tingkatan 5. Namanya Syed. Daripadanya, kami mengumpul maklumat tentang MRSM itu. Amirul turut bertanya apa-apa yang dirasakan perlu.

Mendapatkan maklumat daripada Syed
OK. Dah puas hati, kami keluar dari MRSM dan bergerak pulang. Setelah berada di kawasan pecan PH, abang bertanya kalau-kalau saya nak pergi ke Betong, yang terletak lebih kurang 10 km dari situ. Kata abang, alang-alang dah sampai, elok juga pergi sekejap. Kami pun tak pernah sampai ke sana. Kaklong memang teruja nak pergi.
 
Setelah melepasi kawalan Imigresen Malaysia, kami terus ke Kompleks Bebas Cukai. Saya tengok Betong ni taklah macam Padang Besar atau Bukit Kayu Hitam.
 
Kami masuk ke kedai bebas cukai. Tak ada apa yang nak beli, selain coklat. Ada yang murah, ada yang sama saja harganya seperti di KL.
 
Setelah shopping coklat seadanya, kami bergerak pulang. Satu setengah jam, setelah menempuh perjalanan berliku-liku dari Pengkalan Hulu, kami sampai ke Kuala Kangsar. Abang tidak terus ke lebuh raya, tapi membelok ke bandar diraja itu. Kami ke medan selera untuk makan sebab belum makan tengah hari, walaupun dah pukul 3 ptg. Selepas makan, kami segera menyambung perjalanan pulang.

Allah! Sebaik saja memasuki lebuh raya, kami terus tersangkut dalam kesesakan. Patutlah, hari ni hari terakhir umat manusia bercuti sempena raya cina. Semua nak balik ke tempat masing2.

Thursday, February 13, 2014

Catatan dari Pinggir Kota 20

Amirul: Kisah MRSM

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum rakan PUSPANITA dan pembaca yang dirahmati Allah.

Alhamdulillah. Walaupun keputusan PMR Amirul hanya 7A 1B, Allah SWT memperkenankan permintaannya.
     Amirul memohon masuk ke MRSM. Taiping menjadi pilihannya.
     Hanya MRSM yang dipohon. SBP dan lain-lain dia tak mahu.
     ........................................

     Jumaat, 31hb Januari 2014, pukul 10.59 pagi. Ketika itu saya dalam perjalanan balik dari McD bersama-sama abang. Abang sedang memandu sewaktu hp nya yang diletakkan di sebelah kanan saya berbunyi menandakan ada sms yang masuk.
     Saya mengambil hp dan melihat sms.
     Saya bagaikan tidak percaya, dada saya berdebar-debar. Biar betul, kata saya kpd abang.
     "Dari Mara ni bang."
     MARA: MRSM (Ting. 4, 2014). Tahniah! Anda telah berjaya. Sila layari http://cms.mrsm.edu.my/ola/checkStatusF4.jsp untuk maklumat lanjut. Terima kasih.

    "Ish, ye ke tu?" kata abang. "Keputusan kan minggu depan," sambung abang lagi.

Dada saya masih berdebar. Mesej itu tentunya bukan main-main. Takkan MARA nak buat main benda macam ni.
      Abang segera berpatah balik. Tak jadi pulang ke rumah. Dia menghala semula ke McD.
      "Jom kita check semak keputusan."
     Kami masuk semula ke McD (sebab di situ ada Wifi percuma). Abang semak hp. Memang benar. Memang betul. Memang sah. Amiru ditawarkan ke MRSM Pengkalan Hulu, Perak.
Segera pula kami mencari maklumat dalam internet lokasi MRSM itu.
     "Jauhnya," kata abang. "Dah dekat sempadan Kedah. Dekat sempadan Thailand."




Thursday, January 2, 2014

Catatan dari Pinggir Kota 19


Amirul: Kejayaan Kali Ke-2

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum rakan PUSPANITA dan pembaca yang dirahmati Allah.

Alhamdulillah. Keputusan PMR anak bongsu saya tidak mengecewakan - 7A 1B. Saya sangat bersyukur kepada Allah SWT yang mengurniakan kejayaan cemerlang kepada anak-anak saya - Amirul, Munirah dan Nursyazalina.
     Amirul - pada mulanya saya lihat seperti sedikit kecewa kerana keputusan yang diperoleh. Beberapa hari dia termenung kerana 1B itu. Sekarang dia dah boleh terima. Saya dan ayahnya selalu memberikan semangat.
   "Adik jangan risau. 7A dah cukup baik kerana bukan semua orang dapat mencapainya. Ada yang langsung tidak memperoleh A. PMR hanya langkah awal untuk adik meneroka kehidupan yang masih jauh dan panjang."
   UPSR dulu dia mendapat 5A. Munirah pun mendapat 5A. Dan munirah mendapat 8A dalam PMR. Semoga keputusan SPM nanti, Munirah memperoleh kejayaan cemerlang. Mama sentiasa berdoa untuk semua anak-anak Mama.
Sekarang Amirul meneruskan persekolahan seperti biasa sementara menunggu keputusan permohonan ke asrama.
   Tahniah anakku! Mama dan ayah sangat berbangga. Teruskan kecemerlangan!!